Wednesday 16 May 2012
Sunday 13 May 2012
Doa Untuk Pelajar
Di sini dihimpunkan beberapa doa yang boleh dijadikan amalan untuk kita belajar. Semoga ia dapat dimanfaatkan oleh kita semua.InsyaAllah.
Labels:
Himpunan Doa Untuk Pelajar
35 Petua Pelajar Cemerlang
Di sini dikongsikan 35 Petua Pelajar Cemerlang yang diberikan oleh pakar motivasi terkenal negara iaitu Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Jom kita baca dan amalkan. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Labels:
Motivasi Diri
Saturday 12 May 2012
Tuesday 1 May 2012
Saturday 21 April 2012
Thursday 19 April 2012
Wednesday 11 April 2012
Sunday 8 April 2012
Bab1 :Asas kepada Perdagangan
Keperluan dan Kehendak Manusia
1. Keperluan : barang dan perkhidmatan yang membolehkan manusia terus hidup.
Contoh : makanan, pakaian dan tempat tinggal
2. Kehendak : barang dan perkhidmatan untuk manusia terus hidup lebih selesa dan seronok
Contoh: rumah banglo, pakaian mahal dan kereta
3. Menurut teori Hierarki Keperluan Maslow, keperluan manusia boleh dibahagikan kepada 5 peringkat seperti rajah di bawah:
a)Keperluan fisiologi terbahagi kepada:
i. keperluan asas: seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
ii.keperluan keselamatan: keadaan yang memerlukan manusia berasa selamat daripada ancaman bahaya seperti cuaca buruk, jenayah dan ancaman binatang buas.
b) Keperluan sosial- terdiri daripada keperluan kasih sayang dan keperluan penghargaan. Keperluan kasih sayang merupakan keinginan untuk disayangi.
Keperluan penghargaan pula merupakan keinginan untuk dihormati.
c) Keperluan rohani- keperluan sempurna kendiri yang berkaitan dengan keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru dan lebih menarik.
Pengeluaran
1.Pengeluaran merupakan aktiviti yang menghasilkan barang & perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
2. Aktiviti pengeluaran terbahagi kepada:
a) pengeluaran langsung-kegiatan untuk memuaskan keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga dengan mengeluarkan barang dengan sendiri tanpa bantuan pihak luar.
b) pengeluaran tidak langsung-wujud apabila seseorang individu mengkhusus dalam sesuatu bidang pengeluaran tertentu. Sebahagian daripada keluaran digunakan untuk diri sendiri dan sebahagiannya akan ditukarkan untuk mendapatkan barangan lain.
3.Aktiviti pengeluaran dapat dibahagikan kepada 3 cabang utama:
i) perusahaan
ii) perdagangan
iii) khidmat langsung
4. Cabang perusahaan terdiri daripada:
a) industri ekstraktif-kegiatan pengeluaran bahan mentah dari alam semulajadi
b) industri perkilangan- kegiatan memproses bahan mentah yang dihasilkan oleh industri estraktif kepada bahan separuh siap dan barang siap
c) industri pembinaan- aktiviti pembinaan barang-barang yang besar dan mahal.
5. Perdagangan - kegiatan pengagihan bahan mentah, barang-barang separuh siap dan siap daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir. Terdiri daripada 2 iaitu:
a) perniagaan- aktiviti jual beli bagi mendapatkan keuntungan
b) bantuan perniagaan-terdiri daripada komunikasi, promosi, pengangkutan, bank,insurans dan pergudangan
6. Khidmat langsung: perkhidmatan peribadi yang diberikan secara langsung oleh pengeluar kepada pengguna seperti doktor dan tukang gunting.
Faktor-faktor Pengeluaran
1.
i) Kreatif
ii) Inovatif
iii) Rajin dan tekun
iv) Bijak mengenal & merebut peluang
v) Berkeyakinan diri
vi) Berani menghadapi risiko
vii) Inisiatif & kebolehan memimpin
viii) Berpandangan jauh
ix) Kebolehan mengurus
3. Peranan usahawan:
a) Memenuhi keperluan & kehendak masyarakat
b) Mewujudkan peluang pekerjaan
c) Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi
d) Meningkatkan taraf hidup masyarakat
e) Menghasilkan penemuan dan penciptaan baru
Pengkhususan
1. Pengkhususan bermaksud menumpukan aktiviti produktif kepada bidang pengeluaran yang tertentu(ekstraktif, perkilangan, pembinaan, perdagangan & khidmat langsung) berdasarkan minat, kebolehan & kemahiran seseorang individu.
2. Jenis-jenis pengkhususan:
a) Pengkhususan mengikut pekerjaan / profesion
b) Pengkhususan mengikut proses
c) Pengkhususan antara kawasan
d) Pengkhususan antarabangsa
Sistem Barter
1. Sistem barter bermaksud aktiviti bertukar barang dengan barang tanpa melibatkan wang bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
2. Kelemahan sistem barter:
i) masalah kemahuan serentak
ii) kesukaran untuk membahagi barang
iii) kesukaran untuk menetapkan nilai pertukaran
iv) kesukaran membawa barang
Labels:
Bab 1:Asas kepada Perdagangan
Thursday 15 March 2012
Salam Hormat ^_^
Assalammualaikum..
Bismillah...salam hormat untuk semua :)
Hari ini blog ini diwujudkan untuk berkongsi ilmu dengan semua pembaca.
Semoga apa yang disampaikan di sini dapat membantu dlm mencari ilmu yg tidak terbatas.
Segala komen dan kritkan yg membina dialu-alukan supaya dapat menambah pengetahuan dan memperbaiki diri seadanya.
Sesungguhnya manusia sering khilaf dan tidak sempurna...
Subscribe to:
Posts (Atom)