CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 8 April 2012

Bab 2: Unsur Perdagangan

Nota Perdagangan

Bab1 :Asas kepada Perdagangan


Keperluan dan Kehendak Manusia

1.  Keperluan : barang dan perkhidmatan yang membolehkan manusia terus hidup.
Contoh : makanan, pakaian dan tempat tinggal

2. Kehendak : barang dan perkhidmatan untuk manusia terus hidup lebih selesa dan seronok
Contoh: rumah banglo, pakaian mahal dan kereta

3. Menurut teori Hierarki Keperluan Maslow, keperluan manusia boleh dibahagikan kepada 5 peringkat  seperti rajah di bawah:

a)Keperluan fisiologi terbahagi kepada:
i. keperluan asas: seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
ii.keperluan keselamatan: keadaan yang memerlukan manusia berasa selamat daripada ancaman bahaya seperti cuaca buruk, jenayah dan ancaman binatang buas.

b) Keperluan sosial- terdiri daripada keperluan kasih sayang dan keperluan penghargaan. Keperluan  kasih sayang merupakan keinginan untuk disayangi.
Keperluan penghargaan pula merupakan keinginan untuk dihormati.

c) Keperluan rohani- keperluan sempurna kendiri yang berkaitan dengan keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru dan lebih menarik.


Pengeluaran

1.Pengeluaran merupakan aktiviti yang menghasilkan barang & perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

2. Aktiviti pengeluaran terbahagi kepada:
    a) pengeluaran langsung-kegiatan untuk memuaskan keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga    dengan mengeluarkan barang dengan sendiri tanpa bantuan pihak luar.
    b) pengeluaran tidak langsung-wujud apabila seseorang individu mengkhusus dalam sesuatu bidang   pengeluaran tertentu. Sebahagian daripada keluaran digunakan untuk diri sendiri dan sebahagiannya akan ditukarkan untuk mendapatkan barangan lain.

3.Aktiviti pengeluaran dapat dibahagikan kepada 3 cabang utama:
   i) perusahaan
   ii) perdagangan
   iii) khidmat langsung

4. Cabang perusahaan terdiri daripada:
    a) industri ekstraktif-kegiatan pengeluaran bahan mentah dari alam semulajadi
    b) industri perkilangan- kegiatan memproses bahan mentah yang dihasilkan oleh industri estraktif kepada bahan separuh siap dan barang siap
    c) industri pembinaan- aktiviti pembinaan barang-barang yang besar dan mahal.

5. Perdagangan - kegiatan pengagihan bahan mentah, barang-barang separuh siap dan siap daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir. Terdiri daripada 2 iaitu:
a) perniagaan- aktiviti jual beli bagi mendapatkan keuntungan
b) bantuan perniagaan-terdiri daripada komunikasi, promosi, pengangkutan, bank,insurans dan pergudangan

6. Khidmat langsung: perkhidmatan peribadi yang diberikan secara langsung oleh pengeluar kepada pengguna seperti doktor dan tukang gunting.

Faktor-faktor Pengeluaran


1.


  2.Sifat-sifat Usahawan:
     i) Kreatif                                                         
     ii) Inovatif                                                       
     iii) Rajin dan tekun                                          
     iv) Bijak mengenal & merebut peluang             

     v) Berkeyakinan diri
     vi) Berani menghadapi risiko
     vii) Inisiatif & kebolehan memimpin
     viii) Berpandangan jauh
      ix) Kebolehan mengurus

 3.  Peranan usahawan:
      a) Memenuhi keperluan & kehendak masyarakat
      b) Mewujudkan peluang pekerjaan
      c) Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi
      d) Meningkatkan taraf hidup masyarakat
      e) Menghasilkan penemuan dan penciptaan baru

Pengkhususan

1. Pengkhususan bermaksud menumpukan aktiviti produktif kepada bidang pengeluaran yang tertentu(ekstraktif, perkilangan, pembinaan, perdagangan & khidmat langsung) berdasarkan minat, kebolehan & kemahiran seseorang individu.

2. Jenis-jenis pengkhususan:
    a) Pengkhususan mengikut pekerjaan / profesion
    b) Pengkhususan mengikut proses
    c) Pengkhususan antara kawasan
    d) Pengkhususan antarabangsa


 Sistem Barter

1. Sistem barter bermaksud aktiviti bertukar barang dengan barang tanpa melibatkan wang bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

2. Kelemahan sistem barter:
    i) masalah kemahuan serentak
    ii) kesukaran untuk membahagi barang
    iii) kesukaran untuk menetapkan nilai pertukaran
    iv) kesukaran membawa barang